PENGENALAN DIRI

My photo
kulim, kedah, Malaysia
lelaki/melayu/islam/bechelour of education/makan semua sental/milo o' ais/ronda2..

Saturday, February 12, 2011

TANDA-TANDA JATUH CINTA....:)

SUKAR MEMEJAMKAN MATA
MATA SUSAH TUK DI PEJAMKAN& TERKADANG X BLEY TIDO...ANGAN MELAYANG JAUH  MEMIKIRKAN SI DIA SEDANG BUAT APA...ADAKAH SAMA MACAM AKU YG SEDANG MEMIKIRKAN DIRINYA...ADAKAH DIA JG SEDANG MEMIKIRKAN AKU...

PERASAAN SENTIASA BERDEBAR
PERASAAN BERDEBAR JIKA BERTEMU SI DIA DI JALAN ...MENJADI SERBA X KENA BILA DIA HAMPIRI...XDPT KAWAL DIRI BLA DIA AJAK BERBUAL...

SUKA BERTANYA KHABAR
KETIKA JAUH DI HATI,KEINGINAN TUK SELALU BERTANYA KHABAR SI DIA SMAKN BERGELORA...SUME ORG YG RAPAT DGNNYA KITA BERTANYA...

RESAH GELISAH
RESAH HATI BILA DY X KELIHATAN..BILA DIA DI HADAPAN MATA,KITA AKAN ALAMI PRASAAN YG LUAR BIASA HEBAT IAITU RESAH GELISAH...

DIHINGGAPI CEMBURU
KITA MULAI CEMBURU BLA SI DIA BERBICARA @ MELAYANI PERCAKAPAN ORG LAIN W/PN KAWAN2NYA..

HOBI BARU,TERMENUNG
BLA XDA SESUATU PRKARA KITA AKN TERMENUNG..DI WAJAH KITA TERBAYANG2 WAJAH KEKASIH IDAMAN KITA...

INGIN SELALU BERTEMU
ADA SAJA ALASAN TUK BERTEMU DGNNYA...BERTANYA NASIHAT,INGIN BERBINCANG DLL...

RINDU @ APAKAH ERTINYA?
ALAMI KERINDUAN YG TERAMAT SGT..SETIAP SAAT INGAT PADANYA..BAGAIKAN TERDENGAR SUARANYA SAYUP2 DI TELINGA..APAPUN YG DI PNDANG AKN MENGINGATKAN KITA PDA SI DIA...INGIN MELIHAT & BERJUMPA DGNNYA...

BERGAYUT DI TELEFON
W/PN BAYARAN TLFN MHAL.SNGGUP KITA HBSKAN WAKTU BERJAM2TUK BERBUAL KOSONG DGNNYA..YG PENTING KITA DPT DGR SUARANYA..

SENYUM SENDIRIAN
BILA MEMEGANG TELEFON SENYUM JE..XPN GELAK MMANJANG.

BERUBAH SELERA
KITA JD SENSITIF& INGIN SELALU DI LHT ROMANTIS..PADAHAL SELAMA INI KITA DI KENALI X SUKA SENYUM & SUSAH DI DEKATI..NAMUN HADIRNYA CINTA MNGUBAH SEGALA2NYA...KITA SUKA BERCERMIN,PAKAI WANGIAN & BERGAYA ROMANTIS...

MEMBERI HADIAH
JIKA JATUH CINTA,KITA AKAN JADI SGT PEMURAH..KITA BG HADIAH PADAHAL XDA ALASAN TUK BG HADIAH PADANYA..

LEBIH RAJIN
PRESTASI KERJA MNGKN AKN MENINGKAT BERBANDING SBLM NIE..JD LBH BERSEMANGAT,KREATIF & BERFIKIRAN POSITIF..KERJA NORMAL,KITA SNGGUP BUAT PART TIME...

MENJAGA PENAMPILAN
KITA AKN SGT AMIK BERAT TNTG PENAMPILAN..DARI RAMBUT SMPAI HUJUNG KAKITAMPAK KEMAS & BENAR2 TRJAGA..MULA IKUTI PERKMBANGAN FESYEN..KITA SENTIASA BERBAU WANGI YG SBLM NIE SELALU BAU PELUH..RAMBUT SNTIASA DISYAMPU DLL...

DEFENSIF
TUK ORG YG KITA SYG,KITA AKN BUAT PEMBELAAN YG BERLEBIHAN..

MUDAH SALAH SANGKA
KITA MUDAH KECEWA BILA KEMAHUAN @ PERMINTAAN KITA X DIPENUHI..KITA ANGGAP DY X BG KITA PERHATIAN & XDA PERASAAN..

MUDAH KATA 'YA'
APA PUN KATA @ PNDAPATNYA,KITA JWB 'YA'...SENTIASA KITA AKUR & MENURUT W/PN PERMINTAANNYA X DI SENANGI..

SEDIA BERKORBAN
ATS NAMA CINTA,RAMAI ORG SNGGUP BERKORBAN APA SAJA..AGAR PASANGAN BAHAGIA..

MENJADI ORANG LAIN
KARAKTER YG SBNRNYA XDA PADA KITA,KITA PAKSAKAN ADA DLM DRI..

PERSAMAAN
KITA BERUSAHA IKUTI HOBINYA,KESUKAAN & MAKANAN KEGEMARANNYA..JNS BACAAN PUN SAMA..

SUMBER INSPIRASI
KTA2NYA JDI PENDORONG SEMANGT..

BERMIMPI

SUKA MEMUJI

INGINKAN PERHATIAN

BERTEKAD MEMILIKINYA

Monday, February 7, 2011

Aku dan Cinta

Di suatu pagi yang sepi, aku berjalan-jalan membawa diri tanpa arah tujuan,sekadar mengisi kekosongan hati yang entah bila akan dimiliki.Aku masih mencari-cari seorang insan sejati yang dpat menjentik sanubari yang degil ini. Tatkala angin bertiup nyaman dan sinaran matahari silih berganti dicemburui awan, terlihatlah aku akan sesuatu di sudut penjuru. Walaupun jelas kelihatan oleh mata hitamku, namun aku masih keliru dan tidak mengerti, apakah sebenarnya sesuatu itu yang mampu membuat langkahku terhenti dan kaku buat sejarak waktu.Aku memberanikan sifat maluku, menyapa identiti si tidak dikenali itu berulang kali. Teguran ikhlasku, tanpa diduga berjawab jua, walaupun membisu begitu lama.CINTA. Itulah secebis ungkapan yang ringkas sebagai jawapan. Namanya cinta. Jantungku berdegup kencang disaat cinta menuturkan kata-kata.Kejernihan dan keindahan cinta membuatkan aku luntur seketika.Pintuku yang selama ini terkatup erat,terbuka jua.Tewas di tangan cinta yang datang secara tiba-tiba.

Sejak pertemuan kali pertamaku dengan cinta, hatiku terpanah oleh kesopanan dan kelembutan tutur kata yang lahir dari hati yang murni lagi suci.Kehadiran cinta telah menjadikan hidupku lebih indah dan bermakna tanpa sedikit pun cacat cela.Tanpa aku sedari, cinta telah banyak mengajarku erti sebenar kehidupan yang selama ini bagiku tiada apa-apa. Keayuan cinta yang bersulamkan keikhlasan, tidak mampu untuk aku tafsirkan dengan pemikiran.Terlalu indah untuk dibayangkan.Aku tidak memahami.Bagaimanakah cinta mampu melembutkan hatiku yang keras umpama batu itu. Bagiku, cinta hanya satu dalam seribu. Terlalu jauh untuk dibandingkan.Cinta terlalu berbeza dengan apa yang pernah aku jumpa. Cinta telah berjaya mengubati hatiku yang sepi dan lara.Walaupun berulangkali melukai hati cinta,namun segalanya bagai tiada apa.Hatiku yang sentisa resah, cintalah yang sentiasa mendamaikannya. Cinta telah membawa aku ke satu dimensi yang berbeza. Cinta telah memberi harapan kepadaku untuk terus menjadi insane sentiasa terhehadapan.

Setelah begitu lama mengenali cinta, aku akhirnya terputus hubungan dengan cinta. Cinta hilang begitu saja secara tiba-tiba. Aku tidak tahu mengapa. Mungkin lupa ataupun aku telah menyakiti hati cinta secara tidak sengaja. Aku tidak berjaya mengesan cinta yang pergi entah kemana. Walaupun gigih berusaha namun cinta langsung tidak menunjukkan muka. Aku tidak berputus asa, tetapi balasannya tetap sama dan serupa. Aku masih tidak mengerti, mengapa cinta sanggup memperlakukan aku dengan sebegini rupa. Setelah semua hati ini telah ku persembahkan kepada cinta, namun aku jua yang akhirnya kecewa. Jiwa aku merintih-rintih sepi, mengenangkan nasib diri.Aku bagai mengejar mimpi yang tak pasti. Masa terus berlalu namun cinta masih tidak memperlihatkan dirinya padaku. Cinta!!! Dimanakah engkau sebenarnya?? Aku begitu rindu pada wajah dan telatahmu yang sentiasa mengisi kalbuku yang pilu. Walaupun diri ini tidak tahu dimana kau berada, namun aku masih berharap kita dapat bersua kembali seperti biasa… CINTA, adakah kau wujud sebenarnya?? Miyaaaaaa....